Malaysia

Gagal Bayar Hutang PTPTN Adalah Haram, Kata Mufti Pulau Pinang

Mufti Pulau Pinang, Sukki Othman, menegaskan bahawa tindakan tidak membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tanpa alasan sah adalah haram dalam Islam.

Beliau berkata, tindakan ini bukan sahaja berdosa tetapi juga menafikan peluang pelajar lain untuk mendapat bantuan pendidikan.

“Jika peminjam meninggal dunia, hutang itu perlu dilunaskan terlebih dahulu sebelum harta pusaka diagihkan,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Menurut Pengerusi PTPTN, Norliza Abdul Rahim, setakat September 2024, terdapat tunggakan RM11.32 bilion melibatkan 1.25 juta peminjam. Seramai 430,000 peminjam tidak pernah membuat sebarang pembayaran walaupun telah lama bekerja.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker