Malaysia

Gaji graduan lebih kurang gaji bukan siswazah, lebih 65% di bawah RM3,000 sebulan

Lebih 65% pemegang ijazah di Malaysia kini memperoleh gaji di bawah RM3,000 sebulan — satu jumlah yang hanya cukup untuk menampung kos hidup asas tanpa ruang untuk menyimpan, melabur, atau meningkatkan taraf hidup.

Kajian terbaharu oleh Malaysia Labour Market Insight Series bertajuk The ‘Gaji Cukup Makan’ Economy: When Higher Education Becomes an Economic Risk membongkar realiti yang membimbangkan: pendidikan tinggi semakin hilang nilainya sebagai laluan mobiliti sosial.

Lebih 70% graduan turut dilaporkan bekerja dalam sektor separa mahir dan tidak mahir — satu petanda jelas ketidakpadanan antara kelayakan akademik dan realiti pasaran kerja.

Walaupun kadar kebolehpasaran siswazah sering diumumkan melebihi 80%, angka tersebut sebenarnya mengelirukan kerana tidak mengambil kira padanan kemahiran dan tahap gaji.

Menurut pengarang laporan, Dr Mohd Yusof Saari, situasi ini mencerminkan krisis struktur dalam pasaran buruh negara, di mana pertumbuhan gaji yang perlahan, kelemahan dalam penyediaan pra-pekerjaan, serta permintaan kemahiran yang rendah dari sektor swasta telah menyebabkan siswazah gagal meraih pulangan yang setimpal.

Lebih parah, graduan kini tidak banyak berbeza dari segi pendapatan dengan bukan siswazah, terutama pada awal kerjaya mereka.

Laporan tersebut menggesa beberapa reformasi berani, antaranya gantikan indikator “kebolehpasaran siswazah” dengan ukuran padanan kemahiran sebenar, wujudkan sistem penjejakan hasil siswazah jangka panjang, susun semula program latihan industri dan laluan pra-pekerjaan.

Selain itu, perkenal garis panduan upah sebagai rujukan menangani tekanan gaji rendah dan reka semula pekerjaan dan pacu pemodenan industri melalui strategi nasional berasaskan hasil yang lebih terselaras.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker