Kuala Lumpur, Oct 26 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga merupakan Menteri Kewangan,seorang yang berwibawa, dan pernah mencipta nama sebagai menteri kewangan terbaik di Asia,
dan kita patut percaya dengan pengumuman beliau mengenai gaji minimum kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan.
Ramanan berkata demikian, bagi menjawab soalan pemberita dimana majikan di tiga negeri tidak bersedia melaksanakan gaji minimum RM1,700 kerana pertumbuhan ekonomi dan ekosistem perniagaan yang belum kukuh untuk menampung kenaikan RM200.
Ramanan berkata demikian, selepas merasmikan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Wilayah Tengah di Perkarangan Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling hari ini.
Terdahulu, ketika mengumumkan bajet 2025, Perdana Menteri menyatakan gaji minimum akan dinaikan dari RM1,500 kepada RM1,700 mulai 1 Febuari tahun depan.