Gangguan suis landasan jejas jadual tren Laluan Kelana Jaya pagi ini

Jadual perkhidmatan tren Laluan Kelana Jaya mengalami kelewatan susulan gangguan suis landasan yang berlaku antara Stesen Pasar Seni dan Stesen Bangsar awal pagi tadi.
Insiden yang dilaporkan sekitar jam 5.30 pagi itu memaksa tren yang menghala ke Putra Heights dipandu secara manual bagi memastikan keselamatan operasi, menyebabkan pergerakan tren menjadi lebih perlahan di antara dua stesen berkenaan.
Pasukan kejuruteraan Rapid Rail telah dikerahkan ke lokasi untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan, manakala anggota polis bantuan dan petugas stesen ditempatkan bagi membantu penumpang dan memastikan kelancaran di platform.
Maklumat dan pengumuman berkaitan kelewatan tren disampaikan secara berkala, dan pengguna dinasihatkan merujuk saluran rasmi Rapid KL untuk perkembangan terkini.