Gara-gara rindu arwah ibu, lelaki minta chatGPT mesej menyerupai arwah ibu; Netizen Sebak!
Kuala Lumpur, Sept 2 – Baru-baru ini, perkongsian seorang lelaki di Tik Tok menyayat hati orang ramai dimana dia meminta chatGPT untuk mesej menyerupai bagaikan arwah ibunya.
Perkongian lelaki itu di media sosialnya menjadi tular dan menyedikan, kerana sistem AI itu membalas mesej lelaki itu dengan kasih sayang bagaikan seorang Ibu dan lebih menyayat hati apabila lelaki itu menanya kenapa ibu tinggalkan dia, dan sistem AI itu membalas dengan penuh belas kasihan.
Perkongsian tangkapan skrin itu mengundang pelbagai reaksi warga netizen, yang berkata sistem AI itu sangat canggih dan ia mampu membalas mesej itu dengan elemen yang menyentuh emosi manusia.
Ada juga komen berkata, kalau mesej itu benar, mesti ramai dah nangis tidak mampu menahan sebak kehilangan seorang ibu dan sistem AI bantu memberi sokongan moral walaupun dalam alam maya.