Dunia
Gempa Bumi 4.0 Magnitud Gegar New Delhi, Gegaran Kuat Dirasai

NEW DELHI: Gempa bumi berukuran 4.0 magnitud melanda New Delhi pagi ini, menyebabkan gegaran kuat di kawasan sekitar. Tiada laporan kerosakan atau kecederaan setakat ini.
Pusat Seismologi Nasional (NCS) melaporkan pusat gempa terletak di New Delhi, pada kedalaman lima kilometer, berlaku pada 5:36 pagi. Menurut pegawai, kawasan berhampiran Kolej Pendidikan Khas Durgabai Deshmukh di Dhaula Kuan sering mengalami gempa kecil setiap dua hingga tiga tahun.
Perdana Menteri Narendra Modi menggesa penduduk Delhi dan kawasan sekitar supaya bertenang dan mengikuti langkah keselamatan.
“Gegaran dirasai di Delhi dan sekitarnya. Saya menyeru semua agar kekal tenang dan berwaspada terhadap kemungkinan gegaran susulan,” tulisnya di X.