Dunia

Gempa bumi magnitud 5.2 gegar perairan Aceh, tiada amaran tsunami

Jakarta: Gempa bumi berkekuatan 5.2 menggegarkan perairan barat Aceh pada pagi Ahad, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia. Gempa berlaku pada 9.58 pagi waktu tempatan, berpusat 16km timur laut Banda Aceh pada kedalaman 12km. Gegaran dirasai di Banda Aceh, Aceh Besar, Takengon, Pidie, Pidie Jaya dan Sabang. Tiada amaran tsunami dikeluarkan kerana gempa tidak berpotensi mencetuskan ombak besar. Indonesia kerap dilanda gempa kerana terletak di Lingkaran Api Pasifik.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker