Malaysia

Genap setahun, anak mangsa tanah mendap di Masjid India kenang pemergian ibu

Genap setahun selepas tragedi tanah mendap di Jalan Masjid India, anak kepada mangsa, M Surya kembali ke lokasi untuk memperingati ibunya, G Vijayalakshmi, yang hilang dalam kejadian itu tanpa sempat dilihat wajahnya buat kali terakhir.

Surya, 25, melaksanakan ritual doa ringkas di laluan pejalan kaki yang kini telah dibaik pulih, tepat di lokasi ibunya terjatuh ke dalam sistem pembetungan bawah tanah pada Ogos tahun lalu.

Gambar ibunya diletakkan dalam bingkai, dihiasi kalungan bunga, bersama persembahan makanan kegemaran si ibu di atas daun pisang.

Upacara itu turut disertai dengan pengedaran makanan dan minuman kepada penduduk sekitar sebagai amal sedekah, dengan harapan roh ibunya bersemadi dengan tenang. Video upacara berkenaan kemudiannya tular di media sosial.

Dalam tragedi setahun lalu, Vijayalakshmi, 48, warga India dari Kuppam, Andhra Pradesh, terjatuh ke dalam mendapan sedalam lapan meter.

Operasi mencari dan menyelamat dijalankan setiap hari namun gagal menemui sebarang petunjuk, sebelum ia dihentikan pada 31 Ogos.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker