Malaysia

Geng Darshan tumpas di Bentong, Pahang sebelum samun

Kuala Lumpur, Oct 17 – Geng Darshan dianggotai empat lelaki berusia lingkungan 20-an hingga 50-an yang menyasarkan
pusat pencawang utama TNB di Batang Kali sebagai lokasi samun terbongkar apabila polis berjaya tahan mereka di sekitar Bentong, Pahang, pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, polis turut merampas pelbagai barangan dan kenderaan daripada geng tersebut

“Antaranya ialah lori jenis Hino, kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger, telefon bimbit, sarung dan gari serta peralatan pecah premis.

“Selain itu adalah pembalut kabel bercetak TNB, kunci dan pakaian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, hasil semakan mendapati suspek utama mempunyai rekod lampau jenayah manakala tiga lagi tiada rekod dan ujian air kencing mereka didapati negatif dan kesemua suspek direman selama tujuh hari.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker