Gigi palsu bukan lagi jadi pilihan selepas 2030

Selama ini, apabila gigi tercabut, pilihan yang ada hanyalah gigi palsu atau implan. Namun, saintis di Jepun kini sedang menguji ubat eksperimen yang berpotensi menumbuhkan semula gigi manusia dan ujian ke atas manusia sudah pun bermula.
Penyelidik dari Universiti Kyoto menemui satu antibodi yang boleh menyekat gen USAG-1, iaitu gen yang sebelum ini didapati menghalang pertumbuhan gigi dalam haiwan seperti ferret dan tikus.
Dengan menghalang gen ini, saintis mendapati pertumbuhan gigi baharu dapat direalisasikan selepas pelaksanaan ujian klinikal ke atas manusia bermula tahun lalu melibatkan 30 lelaki berusia 30 hingga 64 tahun.
Jika berjaya, fasa seterusnya akan melibatkan kanak-kanak berusia antara 2 hingga 7 tahun yang mengalami masalah tidak tumbuh sekurang-kurangnya empat batang gigi.
Sasaran saintis adalah untuk melancarkan ubat ini kepada umum menjelang tahun 2030 khususnya kepada pesakit yang mengalami kekurangan gigi sejak lahir.