GISB: Guru agama dipenjara 10 tahun,menganiaya 3 kanak-kanak lelaki, rotan, tekan dada guna lutut
Kuala Lumpur, Sept 26 -Seorang guru agama dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun kerana menganiaya tiga kanak-kanak lelaki merotan dan menekan dada mangsa menggunakan lututnya yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd.
Tertuduh mengaku bersalah atas keempat-empat pertuduhan dan mahkamah memerintah tertuduh dikenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM10,000 dan sekiranya gagal mematuhi bon, boleh dipenjara enam bulan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi pertuduhan pertama dan kedua manakala penjara tiga tahun bagi pertuduhan ketiga dan keempat serta memerintahkan hukuman penjara itu berjalan secara berasingan menjadikan kesemuanya berjumlah 10 tahun.