Global Ikhwan nafi eksplotasi kanak-kanak, sedia kerjasama siasatan

Kuala Lumpur, Sept 12 – Syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) menafi dakwaan syarikatnya dituduh mengeksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja.
Menerusi satu kenyataan semalam, pihaknya menegaskan bahawa tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang khususnya dalam melibatkan kanak-kanak sebagai pekerja.
Katanya, isu yang tular itu didakwa satu prasangka, fitnah dan berniat jahat untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap syarikat mereka.
“Pendirian kami amat jelas untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan mendukung aspirasi kerajaan dalam membangunkan negara, katanya.
Mengulas lanjut, pihaknya turut memaklum akan memberi kerjasama dengan pihak berwajib bagi menyelesaikan isu itu.
Terdahulu media laporkan,serbuan polis ke atas 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan semalam berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia setahun hingga 17 tahun dipercayai mangsa eksploitasi.
Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, pula berkata rumah amal berkenaan menggunakan sentimen agama dan kanak-kanak untuk menagih simpati serta sumbangan orang ramai.