GOF Tahan 11 PATI Cuba Keluar Masuk Secara Haram

Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan Op Taring Nyah 1 di Jalan Anggerik, Sungai Besar, Selangor, pada jam 6 pagi pada 26 Januari.
Komander PGA, Supt Jafri Muhamad, berkata 10 warga Indonesia berusia 21 hingga 45 tahun, terdiri daripada lima lelaki dan lima wanita, ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah. Mereka dipercayai cuba keluar masuk Malaysia menggunakan laluan laut haram.
“Seorang lelaki warga Indonesia berusia 38 tahun, dipercayai tekong darat, turut ditahan,” katanya dalam kenyataan.
Pemeriksaan turut merampas dua kenderaan dan beberapa telefon bimbit, dengan nilai keseluruhan RM83,500.
Kes disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 serta Akta Imigresen 1963. PGA menyeru orang ramai melaporkan aktiviti haram kepada PDRM.