Gordon Ramsay hidap kanser kulit, nasihat supaya pakai ‘sunscreen’

Chef selebriti terkenal, Gordon Ramsay menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memakali pelindung matahari selepas dirinya disahkan menghidap kanser kulit jenis Basal Cell Carcinoma.
Ramsay, 58 yang baru sahaja menjalani pembedahan, berkongsi perkembangan itu menerusi Instagram dengan memuat naik beberapa foto menunjukkan wajahnya yang berbalut selepas dijahit.
Beliau menegaskan kepentingan menjaga kesihatan kulit dengan menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memakai pelindung matahari bagi mengelakkan risiko kanser kulit.
Katanya, pendedahan berpanjangan kepada cahaya matahari boleh memberi kesan buruk jika tidak diambil langkah pencegahan awal.
Perkongsian Ramsay itu mendapat perhatian ramai peminat yang memberi kata semangat, selain berterima kasih atas peringatan yang diberikan.
Ramsay yang menjadi pemilik beberapa restoran terkenal dunia kini sedang berehat bagi proses pemulihan selepas pembedahan tersebut.