Guru besar dituduh cabul murid lelaki sekolah rendah dibebaskan dengan jaminan polis

MELAKA, 10 Ogos –
Seorang guru besar sekolah rendah yang ditahan kerana disyaki melakukan gangguan seksual terhadap murid lelaki berusia 12 tahun di tandas sekolah dan pejabatnya dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Melaka, Dzulkhairi Mukhtar berkata, suspek ditahan pada Jumaat selepas ibu mangsa membuat laporan, dan dibebaskan selepas memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan.
Mangsa mendakwa suspek beberapa kali bertindak tidak senonoh, termasuk kejadian pada 29 Julai lalu di tandas sekolah apabila memeluknya dari belakang sambil berkata “I love you” serta memaksanya mengucapkan perkataan sama.
Dalam kejadian lain pada Jun, ketika mangsa berada di pejabat guru besar bersama seorang rakan, suspek didakwa meraba mangsa di hadapan rakan tersebut.