Malaysia

Guru besar meninggal dunia sejam sebelum rasmi program di sekolah

Seorang guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kampung Baru Gedok, Tampin, meninggal dunia selepas ditemui pengsan di pejabatnya pada Ahad.

Memetik laporan Sinar Harian, wanita berusia 44 tahun itu difahamkan hadir ke sekolah bagi menghadiri sambutan Hari Keusahawanan, namun sebelum majlis bermula, beliau mengadu kurang sihat dan berehat di pejabatnya.

Tidak lama kemudian, guru lain menemui beliau dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Gemencheh, namun disahkan meninggal dunia.

Difahamkan, mendiang tidak mempunyai sejarah penyakit dan baru lapan bulan berkhidmat di sekolah berkenaan selepas bertugas di SJKC Air Kuning. Siasatan lanjut masih dijalankan, dengan laporan bedah siasat akan menentukan punca kematian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker