Malaysia

Guru pukul, tarik rambut murid 10 tahun sehingga trauma ditahan polis

Seorang guru lelaki berusia 44 tahun di Melaka telah ditahan polis selepas didakwa memukul dan menarik rambut seorang murid perempuan berusia 10 tahun, menyebabkan mangsa mengalami trauma dan dirujuk ke bahagian Psikiatrik Hospital Melaka.

Kejadian tersebut terbongkar apabila mangsa mengadu kepada ibunya pada 14 Mac lalu, menyatakan ketakutannya untuk ke sekolah akibat tindakan guru Bahasa Inggeris yang memukul mukanya dengan buku dan menarik rambutnya.

Ibu mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah pada 18 Mac, dan suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka pada 19 Mac.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan bahawa suspek direman tiga hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker