Kuala Lumpur, Ogos 20 – Baru-baru ini tular satu video memaparkan dua orang guru bertindak menterjemah lagu patriotik, ‘Keranamu Malaysia’ dalam bahasa isyarat untuk murid Orang Kelainan Upaya (OKU) dan menerima komen serta reaksi positif dalam kalangan netizen.
Menerusi video satu minit 23 saat itu, yang dikongsi di TikTok oleh seorang guru, bernama Kausar Khairuddin, menunjukkan bagaimana dia dan guru perempuan menterjemahkan lagu itu semasa perhimpunan sekolah.
Susulan video itu, orang ramai puji tindakan guru-guru berkenaan sanggup menterjemahkan lagu nostalgia itu dalam bahasa isyarat dan turut berkomen qtugas seorang guru sangat mulia dan harus disanjungi.
Pada masa sama, ada juga komen berkata untung zaman budak-budak sekarang kerana dapat pendidik seperti mereka dan pada tahun 90an tiada guru yang melakukan perkara sebegitu.