Guru wanita didakwa ceroboh pejabat bekas teman lelaki
Kuala Lumpur, Sept 30 – Seorang guru wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Slim River hari ini, terhadap pertuduhan menceroboh pejabat bekas teman lelakinya pada Mac lalu.
Guru berusia 41 tahun itu, didakwa melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki kawasan bilik pejabat milik bekas teman lelakinya kira-kira jam 3 petang di sebuah klinik daerah Muallim pada 3 Mac lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM3,000.
Peguamnya memohon agar jaminan dikurangkan kerana anak guamnya merupakan seorang ibu tunggal kepada anak berusia 14 dan 16 tahun,juga berkhidmat sebagai sebagai guru selama 21 tahun, selain mempunyai bapa yang menghidap penyakit jantung.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan syarat tertuduh tidak boleh mendekati mangsa hingga kes selesai dan menetapkan 18 Okt ini untuk sebutan semula kes.