Malaysia

Hadap telefon terlalu lama, lelaki alami sindrom kepala jatuh sehingga sukar makan

Seorang lelaki di Jepun berusia 25 tahun mengalami masalah kesihatan serius akibat terlalu lama bermain permainan di telefon pintar, hingga menyebabkan lehernya menjadi terlalu lemah untuk menyokong kepala sendiri.

Menurut laporan perubatan yang diterbitkan dalam JOS Case Reports, lelaki itu mengalami kesakitan teruk pada bahagian leher selama enam bulan dan akhirnya tidak mampu lagi mendongakkan kepalanya.

Keadaan ini dikenali sebagai dropped head syndrome, atau sindrom kepala jatuh.

Doktor mendapati tulang belakang lehernya telah berubah bentuk akibat terlalu lama membongkok melihat skrin telefon sehingga mengganggu selera makannya kerana sukar untuk telan makanan.

Pesakit dikatakan mula mengasingkan diri selepas menjadi mangsa buli, dan menghabiskan masa bertahun-tahun bermain permainan di telefon dalam posisi menunduk yang ekstrem.

Rawatan awal dengan menggunakan alat sokongan leher tidak berjaya, lalu doktor menjalankan beberapa pembedahan termasuk memasukkan skru dan rod logam bagi membetulkan struktur lehernya.

Enam bulan selepas pembedahan, lelaki itu dapat mendongakkan kepalanya seperti biasa, dan keadaannya stabil setahun kemudian.

Pakar mengingatkan orang ramai, khususnya golongan muda, agar lebih peka terhadap bahaya penggunaan telefon pintar secara berlebihan dalam jangka masa panjang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker