Dunia

Hampir 2,000 pasangan LGBTQ berkahwin selepas undang-undang perkahwinan sesama jantina Thailand berkuat kuasa

BANGKOK: Hampir 2,000 pasangan sesama jantina dan transgender di Thailand berkahwin semalam selepas undang-undang perkahwinan sesama jantina pertama di Asia Tenggara berkuat kuasa.

Thailand menjadi negara terbesar di Asia yang mengiktiraf perkahwinan sama rata, dengan 1,754 pasangan berkahwin menjelang 4.30 petang, menurut Kementerian Dalam Negeri.

Pasangan lesbian, Sumalee Sudsaynet, 64, dan Thanaphon Chokhongsung, 59, menjadi pasangan pertama yang berkahwin di Pejabat Daerah Bangrak, Bangkok. “Kami sangat gembira. Kami telah menunggu hari ini selama 10 tahun,” kata Thanaphon.

Majlis perkahwinan besar-besaran turut diadakan di pusat beli-belah Siam Paragon, dianjurkan oleh Bangkok Pride dan pihak berkuasa bandar.

Aktivis LGBTQ telah memperjuangkan hak perkahwinan sesama jantina di Thailand lebih sedekad, namun sering tertangguh akibat ketidakstabilan politik. Bekas Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin, yang menghadiri acara tersebut, memuji keterbukaan Thailand berbanding negara lain yang hanya mengiktiraf dua jantina.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker