Malaysia
Hampir 95% MyKiosk 1.0 diisi, kios kosong akan diubah ke lokasi strategik

Projek MyKiosk 1.0 kini mencatatkan pengisian sebanyak 94.39 peratus, manakala MyKiosk 2.0 mencapai 89.07 peratus setakat ini.
Baki yang belum diisi berpunca daripada faktor sampingan seperti kesesuaian lokasi, kekurangan infrastruktur asas dan tapak yang belum siap sepenuhnya.
Bagi mempercepatkan pelaksanaan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menubuhkan Pasukan Petugas Dalaman untuk meneliti lokasi serta mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkuasa tempatan (PBT).
PBT dibenarkan untuk menempatkan semula MyKiosk yang masih belum diisi ke kawasan yang lebih strategik dan menjadi tumpuan awam.