Hampir tiga juta rakyat manfaatkan SARA setakat hari ketiga dilaksanakan

Lebih 1.1 juta transaksi Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan penyaluran Sara bulanan berjaya disempurnakan pada hari ketiga pelaksanaannya.
Kementerian Kewangan menerusi kenyataan memaklumkan, dalam tempoh berkenaan, jumlah perbelanjaan rakyat mencecah RM192.4 juta di seluruh negara
Secara keseluruhan, lebih 2.9 juta rakyat telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit Penghargaan Sara dan Sara dalam tempoh tiga hari.
Pada masa sama, kadar transaksi yang berjaya juga telah meningkat kepada 95 peratus berbanding 79 peratus bagi tempoh sama.
Peningkatan jumlah transaksi sejak 31 Ogos lalu menyebabkan sistem MyKasih berdepan pencanakan trafik yang mencecah lebih 2,000 transaksi diluluskan seminit, berbanding sekitar 540 transaksi seminit pada April 2025.