EksklusifMalaysia

  Hanya bermodal RM70, jual keropok lekor goreng di pasar malam, kini pemilik ‘Kluang Keropok Lekor’

Kuala Lumpur, Oct 30 – Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit, itulah peribahasa yang sesuai dengan seorang pemilik kedai keropok lekor yang bermula hanya dengan modal sebanyak RM70, kini memiliki ‘Kluang Keropok Lekor, di Kluang, Johor sejak tahun 2008.

Nur Madiah Anas, berusia dalam lingkungkan 60-an berkata, beliau mula berniaga di pasar malam sebelum tahun 2008 lagi, dimana beliau akan menjual keropok lekor goreng yang diimport daripada Mersing, kilang yang dimiliki oleh ahli keluarganya sendiri.

Katanya, pada masa itu, beliau tidak memiliki modal yang tinggi untuk membuka sebuah kedai, tetapi dengan hasil dedikasi dan gigih menjual keropok lekor goreng di pasar malam, kini beliau selesa memiliki sebuah kedai dan membekal keropok yang berasal daripada Terengganu.

Madiah juga berkata, kini mereka turut menjual produk-produk tempatan milik penjual kecil seperti budu,aiskrim,jus dan lain-lain, dilakukan oleh suri rumah, golongan B40, serta individu-individu yang baru masuk dalam industri perniagaan.

Warga emas itu berkata, ingin memberi peluang kepada peniaga-peniaga yang baharu dan masih susah untuk menjana pendapatan, disebabkan beliau sendiri pernah harungi situasi yang sama pada suatu masa dahulu.

Tambahnya, kini kedai itu dikendalikan oleh anak-anaknya dan berasa bangga kerana dapat mewarisi perniagaan itu.

Madiah turut menasihati generasi muda yang ingin memulakan satu-satu perniagaan, untuk tidak minta untang terdahulu malah menyimpan, mula dengan modal yang sedia ada, kerana katanya orang zaman sekarang minta untang dahulu kemudian mereka akan susah untuk bayar balik, apatah lagi dalam bidang ini yang mempunyai gelombang tidak tentu.

Orang ramai yang singgah ke Kluang, Johor, dijemput membeli dan merasa keunikan serta keaslian ‘Kluang Keropok Lekor’ yang beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 6.30 petang kecuali hari Jumaat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker