Malaysia

Haram ibu bapa pakai duit raya anak – Ustaz Azhar Idrus

Ibu bapa diingatkan agar tidak menggunakan duit raya anak-anak bagi menampung perbelanjaan sendiri selepas Hari Raya.

Menurut Ustaz Azhar Idrus, tindakan itu adalah haram kerana duit raya merupakan hak milik anak, lebih-lebih lagi jika mereka belum baligh.

Beliau menasihatkan bahawa duit anak adalah hak anak dan ibu bapa tidak boleh mengambilnya sesuka hati, apatah lagi menggunakannya untuk keperluan peribadi seperti bayar cukai jalan.

Ujarnya lagi, Islam melarang pengambilan harta orang lain tanpa izin, dan anak yang belum baligh tidak sah memberi keizinan dan duit raya hanya boleh dipegang untuk simpanan, bukan dibelanjakan sesuka hati.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker