Malaysia

Harga cecah langit ‘French fries’ 10 batang RM19, dijual di Ibu Kota; Netizen kecam

Kuala Lumpur, Julai 31 – Warga netizen mengecam seorang peniaga bertindak menjual ‘french fries’ atau kentang goreng jejari dengan mengenakan harga RM19 bagi 10 batang ‘french fries’ dikatakan terlalu mahal dengan sukatan yang diberi.

Menerusi video di aplikasi X, seorang individu meluahkan pengalamannya membeli makanan tersebut di sebuah gerai dipercayai terletak di ibu kota.

Video berdurasi kurang satu minit itu,mendapati kentang goreng itu disaluti dengan sos mayonis dan serunding ayam dan menerusi posting itu, individu itu meluahkan perasaan rasa tidak berbaloi bayar RM19 untuk kentang goreng itu.

Sehubungan itu, rata-rata netizen turut mempersoalkan tindakan peniaga meletakkan harga yang mencecah langit untuk makanan ringan berkenaan.

Ada juga komen berkata, pihak berkuasa harus meneliti perkara sebegini kerana harga makanan seperti ini harus dikawal dan tidak patut dijual seperti ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker