Harga ‘melampau’ kari kambing buat restoran berdepan masalah

PETALING JAYA:
Seorang peniaga yang menjual kari kambing dengan harga didakwa melampau telah diberikan notis oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup selepas harga makanan di restoran tersebut tular di Facebook.
Susulan hantaran tular mengenai harga kari kambing yang dikatakan tidak munasabah, dengan caj RM150 untuk hidangan tiga orang, pejabat kementerian di Kedah telah menghantar pasukan penguat kuasa untuk memeriksa kedai tersebut pada jam 11 pagi semalam.
“Kedai itu, yang dimiliki oleh seorang wanita tempatan berusia 40-an, mempunyai menu dengan harga dipamerkan kepada pelanggan.
Selepas pemeriksaan, restoran tersebut telah diberikan notis bertulis di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan.
“Pemilik kedai perlu memberikan maklumat mengenai kos dan harga jualan yang berkaitan dengan hidangan kari kambing itu dalam tempoh enam hari bekerja,” menurut kenyataan tersebut.