Harga tiket penerbangan bersifat dinamik, kerajaan tidak berkuasa mengawal harga – Anthony
Kuala Lumpur, Jun 24 – Menteri Pengangkutan Anthony Loke, menyifat harga tiket penerbangan sebagai dinamik dan kerajaan tidak ada kuasa untuk mengawal harganya, malah ia ditentukan sendiri oleh pasaran.
Katanya, kerajaan hanya mengawal harga tiket penerbangan ketika musim perayaan dimana harga maksimum ditetapkan menerusi subsidi kerajaan
Sementara itu, bagi harga tiket penerbangan antarabangsa pula, pihaknya tiada mekanisme tertentu bagi mengawal harga penerbangan itu
Anthony berkata demikian susulan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam yang mendakwa harga tiket penerbangan seperti tiada tanda untuk turun terutama pada pasca pandemik Covid-19.
Katanya, kenaikan harga tiket boleh diatasi dengan mewujudkan lebih banyak persaingan dan kekerapan penerbagan.