Hari Kanak-Kanak di Korea Utara disambut meriah ribuan penduduk

Sering dianggap sebagai sebuah negara yang terasing dan tidak mempunyai rutin harian seperti negara lain.
Namun, perkongsian media rasmi Korea Utara KCNA baru-baru ini membuktikan yang sebaliknya selepas mereka meraikan Hari Kanak-Kanak Sedunia pada Ahad dengan pelbagai aktiviti ceria dan penuh semangat.
Berdasarkan laporan media rasmi KCNA, kanak-kanak beraksi dalam beberapa permainan tradisional termasuk tarik tali di Taman Rekreasi Taesongsan di ibu negara, Pyongyang.
Selain permainan, sambutan itu turut menampilkan persembahan nyanyian dan pertunjukan seni yang diadakan di beberapa lokasi di Pyongyang, bagi memupuk semangat perpaduan dan patriotisme dalam kalangan generasi muda.
Hari Kanak-Kanak Sedunia yang jatuh pada 1 Jun disambut di seluruh dunia sebagai penghormatan kepada hak dan kebajikan kanak-kanak.