Malaysia

Harimau Kumbang Cedera, Dipercayai Dilanggar di Gua Musang

GUA MUSANG: Pengguna jalan raya di laluan Gua Musang-Kuala Krai dikejutkan dengan kehadiran seekor harimau kumbang cedera, dipercayai akibat kemalangan, semalam.

Seorang saksi, Nor Fadzilah Abu Naim, 42, berkata dia melihat haiwan itu terbaring di tengah jalan sebelum bergerak ke dalam hutan.

“Saya sangka anjing hitam, tetapi terkejut apabila melihat ia harimau kumbang yang cedera di bahagian punggung,” katanya.

Bagaimanapun, Jabatan PERHILITAN memaklumkan bahawa pihaknya belum menerima sebarang aduan berkaitan kejadian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker