Sukan

Harimau Malaya bermula cemerlang, tewaskan Nepal 2-0

Malaysia memulakan kempen pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 dengan langkah kanan selepas menundukkan Nepal 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa malam.

Kemenangan ini menjadi permulaan manis buat Peter Cklamovski dalam aksi pertamanya sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya sejak dilantik Disember lalu.

Gol pertama hadir pada minit ke-30 menerusi rembatan deras Hector Hevel dari luar kotak penalti yang terbias masuk, menewaskan penjaga gol Nepal, Kiran Kumar Limbu.

Corbin Ong kemudian menggandakan kedudukan pada minit ke-70 dengan jaringan mudah, mengukuhkan kelebihan skuad negara.

Malaysia terus menguasai perlawanan dengan beberapa percubaan berbahaya, namun keputusan 2-0 kekal sehingga wisel penamat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker