Helo-Helo Opah:Dodol Opah Yang, dilakukan turun-temurun,4 generasi di Kampung Gajah, Perak
Kuala Lumpur, April 10 – Ramai antara kita mesti kenal Dodol Opah Yang, pengusaha dodol terkenal di media sosial kerana ‘tagline’ atau sebutan yang popular oleh pengusaha itu sendiri iaitu ‘Helo Helo Opah’.
Bagi merasa dodol turun-temurun Opah, Telus merantau jauh dari Kuala Lumpur ke Kampung Gajah, Perak melihat suasana serta langkah proses dodol tersebut dilakukan.
Pengusaha Dodol Opah Yang, Saerah Abdul Majid, berusia 83 tahun berkata resipi yang diwarisi daripada ibunya kini sudah diperturunkan kepada cucu beliau yang merupakan generasi keempat menghasilkan dodol guna kawah, dan mesin moden.
Sementara itu, anak kepada Saerah, Normi Ramli yang berusia 53 tahun berkata, dodol opah mula dikomersilkan pada tahun 2012, dan kini mereka mempelbagaikan kiuh-muih tradisi untuk dijual iaitu biskut putu kacang, kuih siput, kuih makmur dan banyak lagi.
Pada masa sama, Marsya Maisarah, cucu Opah yang berusia 23 tahun pula berkata, dia yang melakukan kerja-kerja pemasaran untuk jenama Dodol Opah Yang, dimana dia akan merakamkan video dan memuat naik di platform media sosial.
Maisarah graduan Universiti Teknologi Mara (UITM) juga berkata dia tidak hendak mencari kerja di tempat lain kerana dia hendak menjaga perniagaan keluarganya dan terus mewarisi resipi dodol yang dihasilkan tanpa bahan pengawet.
Kini, perniagaan Dodol Opah Yang beroperasi setiap hari dari jam 9.30 pagi sehingga 10 malam oleh ahli keluarga mereka sendiri dengan niat mengekalkan warisan keluarga secara turun-temurun.