Henti beri makanan untuk gajah di JRTB

Tindakan segelintir pengguna jalan raya meninggalkan makanan untuk gajah di tepi Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dikesali kerana berisiko mengubah tabiat haiwan liar itu.
Menurut Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff, perbuatan ini mendorong gajah terbiasa berada di tepi jalan dengan harapan diberi makan, sekali gus membahayakan pengguna jalan dan haiwan itu sendiri.
Kesannya sama seperti monyet yang berkeliaran di tepi jalan kerana terbiasa diberi makanan. Jika tabiat ini terus berlaku, gajah mungkin menjadi agresif apabila lapar dan tidak diberikan makanan.
Teguran itu susulan kejadian tular baru-baru ini melibatkan longgokan buah-buahan yang ditinggalkan di JRTB.
Laluan ini menjadi tumpuan selepas beberapa insiden kemalangan membabitkan gajah, termasuk kematian anak gajah akibat dilanggar lori.