Malaysia
Henti Politik Video Promosi Visit Malaysia 2026 – Menteri
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing, meminta semua pihak tidak mempolitikkan isu ketiadaan masjid dalam video promosi Visit Malaysia 2026.
Beliau menegaskan video berdurasi 41 saat itu bertujuan mempromosikan seni, budaya, dan pelancongan Malaysia secara menyeluruh, bukan berasaskan kaum atau agama.
“Keindahan seni bina masjid akan dipaparkan dalam video promosi penuh yang lebih terperinci,” katanya, sambil mengingatkan agar isu ini tidak dijadikan bahan sentimen yang boleh menggugat keharmonian dan imej negara.
Sebelumnya, Pemuda Bersatu dan PAS mengkritik video itu kerana tidak menonjolkan masjid, sebaliknya memaparkan lokasi seperti Batu Caves dan Gereja Melaka.