Malaysia

Henti sebar maklumat tidak sahih berkait kes kematian Zara Qairina

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai agar tidak memuat naik atau menyebarkan sebarang maklumat yang belum disahkan berkaitan kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, pihaknya mengesan penularan maklumat dan gambar kanak-kanak di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab, yang bukan sahaja mengelirukan orang awam, tetapi juga boleh menjejaskan siasatan serta proses keadilan.

PDRM menegaskan siasatan sedang dijalankan mengikut prosedur dan undang-undang, termasuk berkaitan bedah siasat.

Individu yang menyebarkan maklumat tidak sahih boleh disiasat di bawah beberapa peruntukan undang-undang seperti Akta Kanak-Kanak 2001, Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kes Zara Qairina yang berusia 13 tahun mula mendapat perhatian selepas beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, pada 17 Julai lalu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker