Hentikan kerja di lebuh raya dari 24 Mac hingga 7 April – Alexander

Syarikat konsesi lebuh raya diarahkan menghentikan semua kerja pembinaan, penyelenggaraan, dan naik taraf jalan dari 24 Mac hingga 7 April bagi mengelakkan kesesakan luar biasa sempena Aidilfitri.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata larangan ini selaras dengan operasi penguatkuasaan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM, Jabatan Pengangkutan Jlan Malaysia (JPJ), dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi memastikan kelancaran trafik sepanjang musim perayaan.
Bagaimanapun, kerja-kerja mendesak atau kecemasan dikecualikan daripada larangan ini bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
Tindakan ini katanya dijangka membantu mengurangkan kesesakan dan mempercepatkan perjalanan rakyat pulang ke kampung halaman.