Malaysia
Hilang sejak November lepas, mayat reput ditemui sah milik Siti Rohani

Mayat reput yang ditemukan di tebing Sungai Kedah pada Januari lalu disahkan milik Siti Rohani Saad, 37, wanita yang dilaporkan hilang pada November tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Siti Nor Salawati Saad berkata, pengesahan dibuat melalui ujian DNA dan mayat telah dituntut keluarga pada hari yang sama.
Siti Rohani dilaporkan hilang selepas motosikalnya ditemukan di tebing sungai pada 8 November ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, namun polis masih meneruskan siasatan bagi meneliti semua kemungkinan.