Malaysia

Hobi mahal! Kad Pokémon bernilai RM483,000 lesap dirompak

Sebuah kedai koleksi di New Bedford, Massachusetts menjadi sasaran pencuri minggu lalu apabila lapan kad Pokémon edisi pertama bernilai kira-kira RM483,000 dilarikan.

Kejadian di kedai 1st Edition Collectibles itu dirakam CCTV yang menunjukkan suspek bertopeng memecahkan pintu kaca dan berlari masuk hanya selama 20 saat sebelum melarikan diri dengan beg galas berisi kad berharga.

Pemilik kedai, Filipe Andre percaya rompakan ini sudah dirancang rapi memandangkan pencuri tahu dengan tepat kad mana yang ingin diambil. Suspek juga dipercayai memotong kunci pagar belakang sebelum memecah masuk melalui pintu belakang.

Andre merayu supaya pencuri memulangkan kad tersebut dan sanggup melupakan insiden itu jika barangnya dikembalikan.

Sementara itu, pihak berkuasa sedang giat menyiasat dan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker