Malaysia

Hospital Seri Iskandar Mula Beroperasi 11 Disember Ini

Hospital Seri Iskandar akan mula beroperasi pada 11 Disember, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau memaklumkan hospital bernilai RM153.18 juta itu dibina pada 29 Januari 2021 dan siap pada 28 Oktober tahun ini. Sebanyak 516 jawatan baharu telah diluluskan termasuk 22 pegawai perubatan, 97 penolong pegawai perubatan, dan 137 jururawat.

“Hospital ini akan mengambil peranan Hospital Changkat Melintang sebagai Hospital Bukan Utama, manakala perkhidmatan pakar akan disediakan melalui kunjungan berkala dari Hospital Seri Manjung,” katanya pada majlis penyerahan projek hospital itu dan blok tambahan Hospital Seri Manjung.

Hospital Changkat Melintang akan terus beroperasi sebagai wad pemulihan dan sedang dinilai untuk dijadikan pusat hemodialisis.

Sementara itu, Dzulkefly memaklumkan blok tambahan Hospital Seri Manjung bernilai RM75 juta dijadualkan beroperasi pada 13 Januari 2025. Blok ini melibatkan bangunan empat tingkat dengan 48 katil tambahan dan empat dewan bedah serta wad psikiatri di bangunan satu tingkat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker