Uncategorized

HTAR sesak akibat peningkatan ketara pesakit selepas Aidilfitri – Dr Dzulkefly

Situasi sesak di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang seperti yang tular di media sosial adalah disebabkan peningkatan ketara dalam kalangan pesakit, pasca perayaan Aidilfitri.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Jabatan Kecemasan HTAR dipenuhi ramai pesakit yang ingin mendapatkan rawatan sejak dua tiga hari lepas.

Meskipun beliau menyatakan kesiapsiagaan berada di tahap yang baik sebelum hari raya dan tidak ada ledakan kedatangan pesakit dalam dua minggu selepas hari raya,

Beliau mengakui sedar kedatangan melonjak secara mendadak dalam dua tiga hari lalu dan pihaknya kini berada di Jabatan Kecemasan hospital untuk menangani isu berkenaan, dengan beberapa tindakan segera sedang diambil.

Antara langkah diambil, katanya termasuk menggerakkan pesakit yang telah discaj tetapi sedang menunggu ahli keluarga untuk menjemput mereka ke kawasan rehat, bagi membebaskan lebih banyak katil, selain katil tambahan diletakkan di zon tertentu sementara menunggu penempatan ke wad.

Tindakan juga diambil untuk memobilisasi kakitangan tambahan bagi membantu menghadapi lonjakan pesakit.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker