Ibu anak maut, motorsikal rempuh tiang elektrik di Pahang
Kuala Lumpur, 23 – Seorang tukang rumah bersama anak lelakinya bertemu ajal manakala isteri dan seorang lagi anak mangsa parah selepas motorsikal dinaiki
empat beranak terbabas dan merempuh tiang elektrik.
Menurut Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Zukri Muhammad, nahas itu terlibat di Kilometer KM 18, Jalan Jerantut – Temerloh sekitar simpang Kampung Bukit Ketupat, Pahang kira-kira jam 8.30 malam tadi.
Difahamkan, akibat nahas itu penunggang motosikal soerang lelaki yang berusia 43, dan anaknya yang berusia 6 tahun maut di tempat kejadian.
Manakala, isteri mangsa dan seorang lagi anak pasangan terbabit dilapor cedera parah.
Hasil siasatan polis mendapati nahas itu berlaku ketika empat beranak terbabit dalam perjalanan pulang selepas menziarahi ibunya.
Mengulas lanjut, beliau berkata kes disiasat mengikut seksyen 41(1) akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara cuai dan menyebabkan kemalangan maut