Malaysia
Ibu bapa pelajar dibuang MRSM kerana buli mahu saman Asyraf Wajdi, MARA

Beberapa ibu bapa dilapor mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan agensi itu susulan keputusan menyingkirkan anak mereka dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) kerana kes buli.
Asyraf sebelum ini menegaskan MARA tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan pelajar dan akan terus bertindak tegas terhadap mana-mana pelajar yang terlibat salah laku disiplin serius, termasuk buli.
Kes terbaharu pada Julai lalu menyaksikan enam pelajar Tingkatan Lima di sebuah MRSM di Melaka digantung dan dicadang dibuang, manakala pada April, tujuh pelajar MRSM di Nibong Tebal turut ditamatkan pengajian atas kesalahan sama.