Ibu berkerjaya di Selangor, boleh mohon insentif MamaKerja sekarang!; Siapa cepat, dia dapat
Kuala Lumpur, Julai 12 – Para Ibu di Selangor kini boleh mendaftar bagi program insentif MamaKerja, di bawah Kerajaan Negeri Selangor bagi meringankan beban ibu berkerjaya, mulai jam 3 petang semalam.
Program ini dibuka kepada 5,000 wanita bekerja yang akan menerima insentif sebanyak RM1,000 bagi seorang, dengan peruntukan keseluruhan RM5 juta dan insentif berkenaan akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima.
Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi SELangkah atau melalui laman web mamakerja.selangkah.my dan permohonan akan diproses atas dasar ‘siapa cepat, dia dapat’.
Difahamkan wanita yang bekerja di Selangor atau menetap di negeri itu melebihi 10 tahun, dan mempunyai tiga anak berumur 12 tahun ke bawah dan berpendapatan isi rumah RM8,000 ke bawah, layak untuk memohon.