Dunia

Ibu dibunuh anak sendiri ketika solat Zohor

Seorang wanita dibunuh sendiri oleh anaknya dengan menggunakan lesung batu ketika sedang solat Zohor di rumahnya, di Kelurahan Panorama Kecamatan Singaran Pati Kota Bengkulu di Indonesia.

Kejadian yang berlaku pada Sabtu itu berlaku selepas anaknya yang dikenali sebagai NR didakwa telah dirasuk dan terus bertindak di luar kawalan.

Menurut pihak berkuasa, suspek yang berusia 18 tahun itu telah ditahan selepas menerima laporan daripada jiran tetangga.

Siasatan awal mendapati pelaku pernah menerima rawatan di Rumah Sakit Khusus Jiwa (RSKJ) dan baru keluar dari pusat tersebut pada Rabu lalu.

NR juga pada masa sama juga meminta jiran menjaga adik-adiknya selepas mengakui dirinya telah dirasuk.

Jasad mangsa telah dihantar ke ke Rumah Sakit Bhayangkara Kota Bengkulu untuk bedah siasat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker