Ibu tunggal, cleaner, anak berjaya dapat 9A dalam SPM 2023
Kuala Lumpur, Jun 18 – Pengorbanan seorang ibu tiada tandingan, dan ia sepatutnya dihargai dan dikenang oleh setiap individu.
Baru-baru ini, Telus berpeluang menemu bual bersama seorang ibu tunggal juga merupakan seorang pekerja ‘Cleaner’ yang cukup bangga dengan keputusan anak bongsunya, Durga Devi, yang menerima keputusan 9 A untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023 dari SMK Seri Bintang Selatan.
Devi yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur bersyukur dengan keputusan anaknya dan menjelaskan keadaan hidupnya bahkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kerana hanya bekerja sebagai ‘cleaner’ untuk menampung kos keluarganya selepas suaminya meninggal dunia akibat ditimpa satu kemalangan ketika durga berusia 9 tahun lagi.
Devi sebelum ini bekerja ‘cleaner’ di Sekolah Rendah yang sama anaknya belajar, dan pada ketika itu, beliau akan kutip sampah di kelas anaknya, cuci tandas sekolah dan lain-lain. Walaupun adakalanya ia memberi perasaan sedih, tetapi katanya perkerjaan itu dianggap mulia kerana dapat menampung kos pendidikan bagi anak bongsunya.
Sementara itu, Durga, anak keenam daripada enam orang adik beradik pula berkata, beliau tekad hendak belajar kerana melihat keadaan ibunya yang susah untuk mencari rezeki bagi menampung kos isu rumahnya, dan untuk itu, beliau mengunakkan sumber yang sedia ada seperti buku teks dan video ‘YouTube’ tanpa menghadiri kelas tuisyen untuk mendapatkan keputusan yang cermelang.
Walaupun hidup susah, Durga telah membuktikan dengan hasil usaha, dedikasi serta restu orang tua, seseorang itu dapat berjaya dalam matlamatnya!