Imigresen: Pusat hiburan terkemuka diserbu,89 individu dan GRO ditahan di KL
Kuala Lumpur, Nov 10 – Gara-gara hendak menyelamatkan gadis pelayan warga asing (GRO), seorang lelaki mengganggu tugas pegawai imigresen mengundang padah apabila ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan terkemuka di Kuala Lumpur hari ini.
Helah lelaki itu terbongkar apabila dia dipercayai menunjukkan laluan tikus kepada GRO yang cuba meloloskan diri ketika serbuan dijalankan.
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, pihaknya melakukan serbuan itu menerusi Ops Gegar #KLStrikeForce m susulan aduan diterima daripada masyarakat awam.
Katanya, seramai 89 individu ditahan, serta beberapa GRO turut ditahan untuk membantu siasatan lanjut.
Pusat hiburan itu difahamkan beroperasi sejak sekian lama turut mendapati menyajikan GRO selain terdapat beberapa kalungan bunga bernilai antara RM100 hingga RM5,000.