Malaysia

Imigresen Tumpaskan Sindiket Parkir Haram di Bukit Bintang, 17 Warga Asing Ditahan

Jabatan Imigresen Kuala Lumpur melumpuhkan sindiket parkir haram di Bukit Bintang dengan penahanan 17 lelaki warga asing dalam operasi tengah hari, pada 30 Disember.

Pengarahnya, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff, berkata operasi hampir sejam bermula 1 tengah hari itu melibatkan enam anggota Unit Operasi Khas Imigresen. Seramai dua lelaki Bangladesh dan 15 lelaki Myanmar, berusia sekitar 30-an, ditahan di dua lokasi kerana dipercayai mengutip wang parkir secara haram.

Serbuan dilakukan kurang 24 jam selepas video aktiviti itu dimuat naik di Facebook. Beliau menggesa orang awam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti serupa kepada imigresen untuk tindakan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker