Dunia

India rancang serang Pakistan dalam tempoh terdekat

Ketegangan antara Pakistan dan India memuncak selepas Pakistan mendakwa India merancang melancarkan serangan ketenteraan dalam 24 jam, susulan insiden serangan di Pahalgam, Kashmir.

Amaran itu diberikan Attaullah sehari selepas Perdana Menteri India, Narendra Modi mengadakan mesyuarat tertutup bersama ketua tentera yang mana beliau memberikan ‘kebebasan operasi sepenuhnya’ kepada pasukan keselamatan untuk bertindak balas terhadap serangan ganas pada 22 April lalu.

Sejak minggu lepas, New Delhi berulang kali menuduh Islamabad menyokong serangan ganas itu meskipun dinafikan sekeras-kerasnya oleh Pakistan.

Insiden berbalas tembakan di sempadan Kashmir berlanjutan selama enam hari, mencetuskan kebimbangan antarabangsa termasuk dari China dan Amerika Syarikat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker