Malaysia

India rekod virus cacar monyet (Mpox)

Kuala Lumpur, Sept 9- India dipercayai merekodkan kes cacar monyet (mpox) yang dikesan pada seorang lelaki dipercayai mengembara dari negara yang mengalami wabak virus itu.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan negara itu, pesakit berkenaan telah diasingkan di hospital dan berada dalam keadaan stabil.

Pihak kementerian juga tidak menyatakan jenis virus mpox yang mungkin dihidapi pesakit itu, tetapi ujian sedang dijalankan bagi mengesahkan jangkitan berkenaan.

“Kes ini diuruskan selaras dengan protokol yang ditetapkan dan pengesanan kenalan sedang dijalankan untuk mengenal pasti sumber yang berpotensi dan menilai kesan dalam negara,” kata kementerian itu menerusi satu kenyataan.

Sebelum ini, media India laporkan, negara itu telah mengambil langkah pencegahan penyebaran virus yang dikenal pasti di Afrika terdahulu dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah isytihar wabak itu sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan di peringkat global.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker