Malaysia
Individu ceroboh landasan di Stesen Subang Alam punca operasi LRT aliran KJ terganggu

Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya pagi ini mengalami gangguan selepas seorang penumpang dilaporkan menceroboh masuk ke kawasan landasan di Stesen Subang Alam.
Rapid Rail dalam kenyataan memaklumkan pasukan penyelamat segera digerakkan ke lokasi bagi menjalankan kerja menyelamat.
Perkhidmatan alternatif diaktifkan dengan tren dari Putra Heights hanya beroperasi sehingga Stesen Alam Megah sebelum berpatah balik.
Manakala tren dari Gombak juga berakhir di Alam Megah dan kembali semula ke Gombak.
Sebarang perkembangan lanjut berhubung operasi akan dimaklumkan menerusi media sosial Rapid KL dan pengumuman di stesen.